Tentang Global Beauty Concept
Global Beauty Concept telah didaftarkan pada 15 Julai 1997 sebagai sebuah salon dan spa yang beralamat di No. 47A, SS18/1B, 47500 Subang Jaya, Selangor dan diberi nama Beauty Palace. Salon dan spa ini menawarkan pelbagai perkhidmatan rawatan muka dan badan bagi memenuhi permintaan kaum wanita yang ingin tampil cantik dalaman mahupun luaran.
Global Beauty Concept terus berkembang dan akhirnya mampu menghasilkan produk penjagaan kulit berjenama Giena Skincare pada Januari 2008. Produk ini merupakan rangkaian produk penjagaan kulit yang berasaskan kandungan alam semula jadi seperti ekstrak bunga-bungaan dan buah-buahan yang dapat membantu menyihatkan, mencantikkan dan mengekalkan kesihatan kulit dari dalam.
Kami percaya bahawa sistem pengurusan dan khidmat pelanggan yang berkualiti mampu membentuk industri kecantikan menjadi industri yang berdaya saing, setanding dengan bidang professional yang lain.
