Tentang Global Beauty Concept

Global Beauty Concept telah didaftarkan pada 15 Julai 1997 sebagai sebuah salon dan spa yang beralamat di No. 47A, SS18/1B, 47500 Subang Jaya, Selangor dan diberi nama Beauty Palace. Salon dan spa ini menawarkan pelbagai perkhidmatan rawatan muka dan badan bagi memenuhi permintaan kaum wanita yang ingin tampil cantik dalaman mahupun luaran.

Global Beauty Concept terus berkembang dan akhirnya mampu menghasilkan produk penjagaan kulit berjenama Giena Skincare pada Januari 2008. Produk ini merupakan rangkaian produk penjagaan kulit yang berasaskan kandungan alam semula jadi seperti ekstrak bunga-bungaan dan buah-buahan yang dapat membantu menyihatkan, mencantikkan  dan mengekalkan kesihatan kulit dari dalam.

Kami percaya bahawa sistem pengurusan dan khidmat pelanggan yang berkualiti mampu membentuk industri kecantikan menjadi industri yang berdaya saing, setanding dengan bidang professional yang lain.

Pengasas Global Beauty Concept & giena skincare

Nor Azizan Hj. Ghazali  dilahirkan dan membesar di Klang. Sebelum memulakan perniagaan ini, beliau telah berkhidmat sebagai pramugari selama 10 tahun.

Dalam tempoh beliau bertugas sebagai pramugari, masa yang terluang digunakan sebaiknya untuk mengikuti kursus kecantikan jangka masa pendek dan jangka masa panjang yang ditawarkan oleh institusi kecantikan tempatan dan luar negara.

Nor Azizan Ghazali sejak kecil lagi sudah menunjukkan minat dalam bidang perniagaan dan mendapat pendedahan awal melalui ahli keluarganya yang telah menceburi bidang perniagaan terlebih dahulu. Dengan berbekalkan pelbagai sijil, beliau memulakan langkah pertama untuk membuka perniagaan sendiri dan diberi nama Beauty Palace.

Beliau mempunyai kelulusan pendidikan Confederation of International Beauty Therapy and Cosmetology in England, Diploma Pengajian Perniagaan di UiTM (1989) , ITEC/CIBTEC UK(Hons) dan Worldmasters UK (Diploma).

Kini, beliau telah berkecimpung selama lebih 22 tahun dalam bidang spa kecantikan muslimah dan telah berjaya mengeluarkan produk sendiri yang dinamakan Giena Skincare.